Skip to main content

Akta Perlindungan Data Peribadi

Menurut kepada seksyen 7 dan seksyen 6 di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

Kami ingin memaklumkan anda bahawa kami, Uni-Charm Corporation Sdn. Bhd. dan setiap satu syarikat berkaitan (sepertimana terma ini ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965), ahli gabungan, dan syarikat sekutu kami (“Syarikat” atau “kami”) (sama ada dikawal oleh kami atau tidak) sebagai pengguna data (sepertimana terma ini ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) telah atau akan mengumpul, merekodkan, memegang, menyimpan, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses (dirujuk secara kolektif sebagai “Memproses”) satu, atau semua kategori maklumat peribadi berikut tentang anda:

  1. data induk: nama, umur, jantina, tarikh lahir, kerakyatan, nombor kad pengenalan, kewarganegarran;
  2. butir-butir hubungan: alamat rumah, nombor telefon rumah dan nombor mudah alih, alamat e-mel, alamat tempat kerja, nombor telefon tempat kerja;
  3. maklumat pampasan: butir-butir akaun bank, butir-butir kad kredit, rekod-rekod kredit; dan
  4. sebarang maklumat yang kami anggap perlu atau sesuai dari semasa ke semasa yang berkaitan dengan hubangan komersial anda dengan kami.
  5. Kami juga mungkin Memproses sesetengah atau semua jenis maklumat sensitif berikut tentang anda selaras dengan hubangan kontraktual anda dengan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai kesihatan anda, kitaran haid dan / atau status, dan aktiviti kehidupan harian bagi mereka yang memerlukan penjagaan kejururawatan.

(secara kolektif dengan (a)-(d) di atas “Data Peribadi”). Setakat mana anda secara sukarela dan dengan sengaja mendedahkan kepada kami sebarang maklumat peribadi sama ada dirangkum di bawah definisi Data Peribadi di atas atau tidak mengenai individu lain, kami akan mengandaikan, tanpa penentusahan bebas, bahawa anda telah mendapatkan kebenaran individu tersebut bagi pendedahan maklumat tersebut serta Pemprosesannya selaras dengan terma-terma makluman ini (“Makluman”).

Sumber Maklumat

Data Peribadi anda telah dan / atau akan diperolehi daripada sumber berikut, jika berkenaan, atau sebarang sumber lain yang kami anggap wajar dari semasa ke semasa:

  1. maklumat yang disediakan atau diberikan oleh anda melalui antara lain borong pendaftaran berkenaan dengan kegunaan laman web kami;
  2. maklumat yang dikumpul melalui aktiviti promosi;
  3. jika berkenaan, maklumat yang tersedia kepada atau boleh diakses oleh orang ramai; dan
  4. sebarang komunikasi bertulis atau lisan atau dokumen lain yang diserahkan kepada kami sebelum dan dalam urusan kontraktual atau pra-kontraktual kami dengan anda.

Oleh sebab ketepatan Data Peribadi anda sebahagian besarnya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin jika terdapat sebarang kesilapan atau perubahan pada Data Peribadi anda.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi

Kami akan Memproses Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami untuk tujuan berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada (“Tujuan”):

  1. penghantaran notis-notis, perkhidmatan atau produk-produk kepada anda;
  2. untuk membolehkan anda mengikat perjanjian dan/atau kontrak untuk pembelian produk-produk dan perkhidmatan daripada / kepada kami;
  3. prosedur-prosedur pengurusan hubungan pengguna dan pelanggan;
  4. untuk tujuan hubungan perniagaan;
  5. untuk tujuan memudahkan urus niaga yang anda ada atau mungkin ada dengan kami;
  6. apa-apa tujuan yang dinyatakan secara khusus dalam mana-mana perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh kami;
  7. penilaian kredit dan semakan lain ke atas latar belakang pelanggan / pembekal seperti mana yang kami tentukan sebagai perlu atau sesuai;
  8. pengutipan bayaran tertunggak daripada pelanggan dan / atau pembekal;
  9. penjagaan pelanggan dan / atau kerja-kerja pembetulan;
  10. menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan “client profiling” berkaitan dengan perkhidmatan kami dan produk berkaitan kami;
  11. untuk tujuan penyelidikan, penanda arasan, dan analisis statistic;
  12. untuk membolehkan kami dan / atau pihak ketiga terpilih yang diberi kuasa untuk menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, telekomunikasi (panggilan telefon dan mesej teks) atau melalui media sosial mengenai produk dan perkhidmatan berkaitan dan tidak berkaitan yang ditawarkan oleh kami dan rakan perniagaan kami yang termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan tersebut di atas yang kami menganggap akan atau mungkin menarik minat anda;
  13. penyimpanan rekod dalaman kami;
  14. pencegahan jenayah termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah; dan / atau
  15. memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami dan membuat pendedahkan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkenaan dengan kami atau mana-mana syarikat ahli kami.

Penyimpanan dan Keselamatan

Kami menyimpan Data Peribadi anda dalam salinan cetak dan atau lembut. Data salinan lembut disimpan, antara lainnya, dalam pelayan fail, pelayan e-mel, komputer peribadi, komputer riba, pita dan cakera padat.

Kami mempunyai dasar dan prosedur keselamatan yang antara lain membataskan akses kepada Data Peribadi anda hanya kepada kakitangan yang diberi kuasa atas dasar “strictly need to know” daripada bahagian Syarikat seperti pentadbiran, kewangan, penjualan dan / atau perkhidmatan pelanggan, pemasaran dan sumber manusia. Kami mungkin menyimpan Data Peribadi dan data tentang individu lain yang diberikan oleh anda kepada kami bagi suatu tempoh yang munasabah selaras dengan keperluan komersial dan tertakluk kepada keperluan undang-undang terkini pada setiap masa.

Pendedahan

Data Peribadi yang diberikan kepada kami, secara amnya akan dirahsiakan akan tetapi anda dengan ini membenarkan dan memberikan kuasa kepada kami untuk memberikan dan / atau memdedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak daripada kategori berikut:

  1. sesiapa yang kami dikehendaki atau diwajibkan untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai maklum balas kepada arahan yang sah daripada mana-mana agensi kerajaan atau agensi kompeten;
  2. selaras dengan perintah mahkamah dengan bidang kuasa kompeten;
  3. mana-mana syarikat berkaitan dan anak-anak syarikat Uni-Charm Corporation Sdn. Bhd. termasuk mana-mana yang akan ditubuhkan pada masa akan datang;
  4. jika berkenaan, pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan yang berkenaan dengan perniagaan kami;
  5. agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  6. juruaudit, konsultan, akauntan, peguam atau penasihat kewangan dan profesional lain kami; dan / atau
  7. subkontraktor atau penyedia perkhidmatan atau pembekal produk pihak ketiga seperti yang kami tentukan sebagai perlu atau sesuai termasuk tetapi tidah terhad kepada, pembekal perkhidmatan surat-menyurat kami serta pembekal perkidmatan yang menjalankan aktiviti promosi bagi pihak kami.

Anda boleh tetap yakin bahawa selaras dengan undang-undang, kami hanya akan mendedahkan maklumat paling minimum yang kami anggap perlu bagi Tujuan dan kami akan mengambil semua langkah untuk memelihara integriti dan keselamatan Data Peribadi.

Di samping itu, anda memahami bahawa kami adalah sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Uni-Charm Corporation yang mengendalikan perniagaan dalam pelbagai lokasi. Justeru, akses kepada Data Peribadi anda mungkin diberikan kepada entiti lain dalam Kumpulan Uni-Charm dan mungkin dipindahkan ke luar Malaysia bagi tujuan penyimpanan data secara global.

Akibat daripada kegagalan untuk membekalkan dan membenarkan Pemprosesan Data Peribadi

6.1 Melainkan Data Peribadi yang Diproses bagi tujuan pemasaran langsung, anda diwajibkan untuk memberikan kategori Data Peribadi yang diminta oleh kami daripada anda untuk Tujuan tersebut. Kegagalan anda untuk membekal dan membenarkan Pemprosesan Data Peribadi berhubang dengan Tujuan sebut akan:

  1. menyebabkan kami tidak dapat menyediakan anda dengan maklumat, notis, perkhidmatan dan / atau produk yang diminta; dan
  2. menjejaskan keupayaan kedua-dua pihak untuk mengikat kontrak yang diperlukan dalam penyediaan perkhidmatan kami kepada anda.

6.2 Ia adalah pilihan anda untuk membekalkan kategori Data Peribadi yang diminta oleh kami daripada anda bagi tujuan pemasaran langsung. Walau bagaimanapun, kegagalan anda untuk bersetuju dengan Pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung akan menyebabkan kami dan / atau pihak ketiga terpilih yang diberi kuasa tidak dapat untuk menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, telekomunikasi (panggilan telefon dan mesej teks) atau melalui media sosial mengenai produk dan perkhidmatan berkaitan dan tidak berkaitan yang ditawarkan oleh kami dan rakan perniagaan kami yang termasuk tetapi tidak terhad kepada DKSH Malaysia Sdn Bhd, CCN Communications, Dentsu Utama Sdn Bhd and Pocca Dot Media yang kami menganggap akan atau mungkin menarik minat anda.

Hak-hak Pengeksesan dan Pembetulan Anda

Anda mempuyai hak untuk, tertakluk kepada bayaran yang ditetapkan jika berkenaan, meminta akses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda dan/atau membataskan Pemprosesannya. Dalam perkara ini, anda dibenarkan untuk:

  1. menyemak sama ada kami memegang atau menggunakan Data Peribadi anda dan meminta akses kepada data tersebut;
  2. meminta bahawa kami membetulkan apa-apa Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk;
  3. meminta bahawa Data Peribadi anda hanya disimpan oleh kami selagi diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulan Data Peribadi tersebut;
  4. meminta bahawa kami menentukan atau menjelaskan dasar-dasar dan prosedur yang berkaitan dengan Data Peribadi serta kategori Data Peribadi yang Diproseskan oleh kami;
  5. menarik balik, sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran yang anda berikan sebelum ini, tertakluk kepada apa-apa batasan undang-undang yang terpakai, syarat-syarat kontrak dan suatu tempoh masa yang munasabah

Sila tujukan semua permintaan dan / atau soalan atau kebimbangan anda tentang perkara dan kandungan Makluman ini kepada Finance Dept and Human Resource Dept, Tel: 03-77297930, Fax: 03- 77296939, Email: yinhong-sum@unicharm.comshehmei-lee@unicharm.com

Terms & Conditions


1. Limited to one (1) sample pack per person and/or address

2. Delivery of samples requested takes between 4-6 weeks.

3. Samples are on while stocks last basis. If any of the sample sizes become unavailable due to stock depletion, that specific size will be automatically removed as an option. Similarly, if both sizes are out of stock, the sample request options will not be accessible.

4. Sample request are for individuals residing legally in Malaysia and possessing a valid postal address.

5. Sample request with incomplete personal details will not be entertained.

6. Uni-Charm Corporation Sdn Bhd reserves its right to edit or cancel this programme with or without any prior notice and reason.

This will close in 0 seconds