BELI
SEKARANG

BAYI BOLEH MENGHIDAP DENGGI SEBELUM DILAHIRKAN

Mengandung adalah salah satu anugerah yang terbesar dalam hidup. Anda akan melakukan apa sahaja untuk melindungi bayi di dalam kandungan. Tetapi tahukah anda bahawa gigitan nyamuk boleh menyebabkan anda dan bayi anda dijangkiti denggi?

Sama seperti nutrien yang anda makan dan minum, ia akan disalurkan kepada bayi melalui tali pusat, virus denggi boleh menjangkiti bayi anda sebelum dia dilahirkan.

Komplikasi yang datang daripada denggi semasa mengandung termasuklah keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir rendah atau kelahiran mati.

Bayi yang terdedah kepada jangkitan virus denggi sebelum lahir boleh dijangkiti semula, dan ia boleh menjadi lebih serius untuk kali kedua.

Denggi boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila waktu. Ingat untuk cegah daripada gigitan yang kecil sebelum ia menjadi masalah besar.

Sumber:
https://www.cdc.gov/dengue/transmission/pregnancy.html
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4918828/

ARTIKEL YANG BERKAIT

PREGNANCY, BREASTFEEDING AND DENGUE – 5 THINGS YOU NEED TO KNOW
DENGUE VS COVID 2020
BINATANG YANG MANAKAH LEBIH BERBAHAYA DI DUNIA?