TERMA & SYARAT
MamyPoko AntiMos T&C (Malaysia)
Langkah untuk mengambil bahagian:
Langkah 1: Layari www.MamyPokoAgainstDengue.com
Langkah 2: Pilih 1 tindakan melawan denggi yang anda akan lakukan di rumah
Langkah 3: Tangkap gambar tindakan anda
Langkah 4: Muat naik dan hantarkan gambar anda di mikrosit kami
Terms & Conditions
- Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan, menghentikan, memanjangkan atau menangguhkan hadiah Kit Perlindungan Antimos pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- Penyertaan ini adalah untuk gambar yang dihantar dalam tempoh 7 September – 4 Oktober 2020.
- Hadiah adalah 1 Kit Perlindungan Antimos. 30 pemenang dengan gambar terbaik akan dipilih setiap minggu.
- Peserta boleh menghantar lebih daripada 1 gambar, tetapi setiap peserta hanya layak untuk memenangi 1 hadiah sahaja sepanjang tempoh penyertaan.
- Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang bernilai sama pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak dapat dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Visual hadiah yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza.
- Penganjur, syarikat bersekutu, syarikat induk, anak syarikat dan agensi pengiklanan dan promosi tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau insiden yang tidak diingini, termasuk kematian akibat penggunaan hadiah tersebut.
- Penganjur akan mengumumkan pemenang di laman Facebook MamyPoko Malaysia dan akan meminta maklumat peribadi dan bukti untuk tujuan pengesahan.
- Penganjur akan menentukan cara penyerahan hadiah dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan, kerosakan, kehilangan barang atau apa sahaja yang mungkin terjadi semasa proses penghantaran hadiah atau proses penebusan.
- Dengan mengambil bahagian, Peserta telah memberikan persetujuan sepenuhnya kepada Penganjur untuk (a) memproses butiran peribadi berserta mengikut terma Polisi Privasi Penganjur (tersedia di: http://www.unicharm.com.my/info/policy/index.html ), (b) menggunakan nama, alamat, maklumat butiran peribadi, dokumen dan maklumat tanpa pembayaran royalti untuk tujuan pengiklanan dan promosi yang berkaitan dengan peraduan, dan (c) untuk menghubungi peserta untuk tujuan pemasaran dari semasa ke semasa.
- Dengan mengambil bahagian, para peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat serta keputusan yang dibuat oleh Penganjur.
- Penganjur berhak sepenuhnya untuk menukar terma dan syarat peraduan atas budi bicaranya tanpa notis awal. Semua keputusan oleh penganjur adalah muktamad dan tiada sebarang surat-menyurat dan rayuan dalam apa-apa bentuk akan dilayan.
- Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hantarkan e-mel ke consumercare@unicharm.com atau hubungi Talian Khidmat Pengguna di 03-7729 7930.